CINTA 'BEST FRIEND'

hai alls.... whassap? huhu... apa cerita dengan PRU13??puas hati tak? hasil kajian menyatakan ramai yang tidak berpuas hati...tak apa lah mana2 pun..janji kita jaga diri kita hati kita...

ok...ni bukan tajuk utama ye...actually kita nak cerita pasal sebelum pilihanraya...jeng..jeng...jeng...
nak cerita pasal 'best friend' kita...

ni dia....comel kan??






nama dia shida... dia 1 matrik n u ngan kita... dia baik sangat...lembut & sabar je..soft spoken...memang patut la ramai yang tertarik hati dengan dia...huhu

jeng3...huhu..jangan marah ye babe... hehe...

nak cerita kisah cinta dia dengan best friend dia...haha...surprise tak? :p

begini ceritanya.. tak sangka dalam diam best friend dia ni memang nak kat dia.. kira macam dah terlibat dalam cinta 3 segi pulak.. at last tanya pendapat semua pakar2 termasuk kita...hahaha...koya!! decision is make... huhu..yang menjadi pilihan hati ialah sahabat sejati... seronoknya...

and dalam masa tak samapai sebulan keputusan dibuat dengan dah siap date tunang & kahwin sekali...wow!!!amazing!!!itulah...kalau dah jodoh cepat je & semua smooth...

sebelum pilihanraya 4 May 2013 mereka dah merisik & sekali ditunangkan...

nila dia... weeeettttweeeettttt!!!





selamat bertunang babe shida & iqbar..semoga hadapi apa2 rintangan sama2 la...keputusan dah tak boleh buat sorang2 dah :p...

i'm happy for you...

so, moral of the story..kalau sesiapa yang dah jatuh cinta dengan sahabat baik tu cepat2 lah bagitahu..nanti terlepas... tak semua orang akan rasa apa yang kita rasa kan... so anggap orang lain tak pernah faham kita & kita selalu kena bagi penerangan dengan betul...barulah jadi jodoh tu kekal & tak jadi cinta bersegi2...

be gentleman... ermmm...boleh tak perempuan yang mulakan dulu? hahahaha... advance sikit :p

ok bye!

xoxo :) - L

D.O.A

hai... jom sama2 kita amalkan doa ni..inshaAllah...semoga Allah permudahkan :)


antara khasiatnya DOA PEMBUKA  ini ialah :-

Bagus diamalkan untuk :

1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah...
2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat...
3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup...
4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup...
5) Hati yang tertutup utk berkahwin...

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.”

Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.”

Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).”

(Riwayat Bukhari)

semoga ia memberi kebaikan kepada kita semua :)

xoxo :) - L

P.E.S.A.N.A.N


buat yang baik2 je tau :)

xoxo :) - L

M.I.M.P.I

hai ... MasyaAllah..kita nak cerita pasal kita mimpi semalam ni...macam scary movie pun ada...
ada ke patut kita mimpi kita kahwin dengan orang yang lansung kita x kenal...macam kena kahwin paksa r....

OMG!!OMG!!OMG!!

mmg takut sangat rase..camtu kot rasa orang yang kena kahwin paksa kan...
nauzubillah..minta jauh sangat2 :( ...

dahla mimpi camtu boleh pulak kawan kita gelakkan kita dapat laki camtu...huh!!!

xnak ingat lagi :( 

jom happy balik... duk tengah view gambar tadi terjumpa gambar kawan kita punya wed pic... cantik!!!

tengok ni!!



cantik kan???sangat cantik pic ni... <3 it :)



yang ni sangat klasik but sangat cantik...huhu...izzah siap sempat pandang kamera lagi tu...huhu... :p


cantik kan masjid ni <3 ... damainya :)

ok...tu je..bye :p
xoxo :)

Cara Nak Hilangkan Rasa Sedih


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

 

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Buang Sikap Risau. 

 

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal


3. Belajar Rajin Bersyukur. 

 

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.


4. Belajar Menjadi Pemaaf

 

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

 

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?


6. Ubah Fikiran 

 

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.


7. Hati Mesti ‘Keras’ 

 

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


8. Jangan lupa ALLAH

 

Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. 



sumber : HARIAN ISLAM