together....with bff....

walaupun cite ni dh lame...tp kt nk share gak...huhuhu...bru de masa sikit nk citer.....hari tu kt ngn bff kt n adk die yg cute mute tu kua....best gler....lme xkua sm2.....ktorg kua mkn mkn mkn n mkn je...hehehhe....
geng ske mkn ktorg ni....tp xpe...syok hbs......
mls la nk cite byk...jom lyn gmbr...hehehe....

 ni budak comel....nadia.....adik bff kt...


hahaha....ni budak tembam...nmpk x parut kt muke kt?trk kn?:(


ni la my bff....nor faradila kamarul aizan chew....huhuhu.....nm mnje fara.....
kwn kt ms old school lg....stu2nye kwn yg still lg ngn kt...yg glz la....yg laki de la 2 3 org...yg lain sesat xth ke mn....


comel kn fara???? ramai peminat ni...jelez i tau...hehehe


jengggggggggg....before mkn kenny's sempat lg mkn tart....kuat mkn btol...hehehe


hehehe...wt mlut itik......


best nye air bdk tecik ni.....nk ckt....


sejuk giler air ni.....xske air sejuk tp gtl order....huhuhuhu


 slurrrrrrrrrrrrrrrpppppppppppppppp.....


wink...winkkkkkkkkkkkkk.....


kt pkai tepon murah je...xmampu lg....:(.....akan diusahakan...chaiyok2....


yes!!!still simpan tisu tu utk my collections....


nyummmmmm....nyummmmmm.....


mkn banyak owwwwww.....


yummmyyyyyyyyyyyyy.....


cheeesssssssssssssseeeeeeeeeeeeeeeee...


sedappppppppppppppp..............


kt mkn ni je...on diet...hehehe....


jom mkn....:p


tgk................licinnnnnnnnn.......


sampai tdo budak ni mkn....hehehe


huhuhu.....ikut sunnah nabi ni....


senyummmmmmmmmmm.....


tutty frutty lak....layan.....


my favorite..... sedappppp.....


tgk...penuh cup kt nye...hehehe


control2....


hai.....leh knl x????;p

 
still de tisu ni....


we...together.....


khusyuk dan tawaduk tu mkn...ermmmmmm....

tu la seba sdkt...hehehe...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

KEMALANGAN

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

Gambar kedai dan superbike yang dilanggar:
http://cl.ly/1w3o351o2r2C2Q172t18

“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.


yeeeaahhh!!

hai.. 1st tengok la sayanyer background..lawa x (ulang 2x) haha... 

kastam

sabtu ni ramai yang dapat exam kastam kan....dah ready ke semua?????
mesti dh ready kn???kt je yang blur2 lagi.....
member kita suruh baca buku MALAYSIA KITA....jgn lupa baca tau...
soalan die lebh kurang soalan PTD....
isu2 semasa tu mcm biase lah....kne th la sal KASTAM gak.....
jgn lupe try tgk solan kt web SPA...tgk contoh soalan kt ctu...mn th membantu....
yelaaaa...kdg2 kita bknye sempat pn nk beli buku kn....try ek.....
smoga kita semua success!!!!!
GOOD LUCK!!!!

~♥ Jangan MENCARI, Tapi MENJADI.. ♥~

Jangan mencari yang baik, tapi jadilah yang baik.
Jangan mencari yang soleh, taip jadilah akhwat solehah.
Jangan mencari yang solehah, tapi jadilah ikhwan soleh.

Kerana walaupun kita mencari, tapi diri kita tidak sesuai
dengannya, Allah tidak akan memberikannya jua. 

Namun jika kita sesuai dengan dirinya, tanpa mencaripun
Allah sudah menentukannya..

Kerana untuk masalah jodoh, Allah akan memberikan yg
bersesuaian dgn keperibadian & kadar keimanan kita.. ;)

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:


"Orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat dalam bentuk semut-semut kecil dengan rupa manusia. Dari segala tempat datang kehinaan kepada mereka, mereka digiring ke penjara; neraka Jahanam yang disebut Bulas, di bahagian atasnya api yang menyala-nyala dan mereka diberi minuman daripada kotoran (najis) penghuni neraka."

(Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)

muhasabah

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu, dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya."

(Al-Baqarah 2:216)

Hakikat ini mesti sentiasa terpahat dalam hati dan fikiran kita setiap kali berhadapan dengan apa2 jua persoalan dalam hidup... ^_^

Jangan Tidur Lepas Subuh

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.


Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba kita lihat diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti""Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"

JIKA MAHU BERMUHASABAH

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :"Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). -Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.''

Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)


:: "Pesanan pada diri & kwn2 smua.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak SUDI... pada insan yang tak MENGERTI... kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI... dan bile sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau akan ingati... pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI ... !!! ^___^ ::

~ Mutiara kata oleh Imam Al-Ghazali ~


=========================
Yang singkat itu "waktu".
Yang menipu itu "dunia".
Yang dekat itu "kematian".
Yang besar itu "hawa nafsu".
Yang berat itu "amanah".
Yang sulit itu "ikhlas".
Yang mudah itu "berbuat dosa".
Yang susah itu "sabar".
Yang sering lupa itu "bersyukur".
Yang membakar amal itu "mengumpat".
Yang mendorong ke neraka itu "lidah"
Yang berharga itu "iman".
Yang mententeramkan hati itu "teman sejati".
Yang ditunggu ALLAH SWT itu "TAUBAT".

Wahai manusia yang bernama Lelaki

Jika benar kau kasih dan cintakan Wanita itu:
░░░ (_.:._)░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░♥░ (¯`:´¯)░(_.•´/|\`•._)♥♥ ♥░.(¯ `•.\|/.•´¯)::(_.:._)♥♥ ░ (¯ `•.(۞).•´¯)♥♥ ░ ░(_.•´/|\`•._) ♥♥ ░ ♥░ (_.:._)♥♥´ 
✿'ܓ♥: Bawalah dia ke jalan Allah❤•
✿'ܓ♥: Nasihatilah dia dengan penuh hikmah❤•
✿'ܓ♥: Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah❤•
✿'ܓ♥: Jagalah dia dengan sepenuh hati❤•
✿'ܓ♥: Kasihanilah dia seadanya❤•
✿'ܓ♥: Lindungilah dia sebaik mungkin❤•
✿'ܓ♥: Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari❤•
✿'ܓ♥: Hargailah dia selayaknya❤•
✿'ܓ♥: Ucapkan terima kasih atas semua kelebihan dan jasa-jasanya❤•
✿'ܓ♥: Bersabarlah dengan tingkah lakunya❤•
✿'ܓ♥: Terima & redha dengan kekurangan yang ada padanya❤•
✿'ܓ♥: Jadilah IMAM terbaik yang dapat membimbingnya❤•
✿'ܓ♥: Ampun dan maafkanlah atas segala kesilapannya❤•
░░░ (_.:._)░░(¯`•..(۞).•´¯)♥♥ ░░♥░ (¯`:´¯)░(_.•´/|\`•._)♥♥ ♥░.(¯ `•.\|/.•´¯)::(_.:._)♥♥ ░ (¯ `•.(۞).•´¯)♥♥ ░ ░(_.•´/|\`•._) ♥♥ ░ ♥░ (_.:._)♥♥´

ujian Allah....

ALLAH akan menguji kita dengan ..KEKURANGAN DAN KELEBIHAN kita.

-Kekurangan...Bersabarlah
-Kelebihan...Bersyukurlah

ALLAH akan memberikan yang terbaik buat kita...
InsyaAllah.. :)

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Lelaki: I nak raba U sikit je
sayang . . .
Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau
terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa
... ... parents U . . .
Wanita 1: Betul ? U nak kawen
dengan I ?
Lelaki : Betul sayang . . .
Sumpah . . .
U diam je k . jangan cakap ape-
ape. I
pegang sikit-sikit je .
Setahun selepas itu . . .
Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu
I . . . Dulu U kata nak kahwin
dengan
I . Tapi bila U dah dapat . U
kawen
dengan perempuan lain . . .
Lelaki: I lelaki , U ingat I nak
kawen
dengan perempuan yang senang-
senang boleh dapat ? I nak
perempuan yang suci . . . Bukan
macam U , yang senang-senang
bagi tubuh pada lelaki yang
bukan
bergelar suami . U ingat I ***** ke
nak kawen dengan U ?
Wanita1: Sampai hati U cakap
macam tu , dulu . . . Masa U
nak . . .
Macam-macam janji manis U
bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je
mase tu . . . Tapi U bagi . . . I
ambil
lah . . .
Wanita1: U memang jantan tak
guna . . . I menyesal kenal
dengan
U !
Lelaki: U menyesal ? Tapi I
puas . . .
Jangan lupa datang kenduri I
nanti .
Wanita1: U akan dapat
balasannya
nanti !
Lelaki tersebut kemudiannya
mendapat jodoh wanita yang
diimpikannya . . .
MALAM PERTAMA LELAKI DAN
WANITA YANG BARU
DINIKAHINYA .
Lelaki: Sayang . . . I love U so
much . . .
Wanita 2: Me too sayang . . .
Lelaki: I bertuah kawen dengan
U .
Wanita 2 : I pun , sayang . . . I
ada
something nak bagi tahu U ni . . .
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . . . I
pernah
tidur dengan semua teman lelaki
I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari
kepuasan sebelum kawen . . .
Tapi
bile nak kawen . . . I cari lelaki
baik
macam U untuk jadi suami . . . U
tak
kisahkan ?
Lelaki: What ? ? ?! ! !

Pengajaran: #Korang fikirlah
sendiri.

Jgn pk yg nampak bAik tu baik,
Yg nampak jahat to slamenye jahat,
Kita manusia tk lari dr melakukan ksilapan,

Renung2kan slmat bramal,wakakaka~~♥ ♥
:: Jika kekasihmu di RAMPAS orang lain, jangan BALAS DENDAM atau BERDUKA LARA tetapi relakanlah dia pergi...kerana...Kekasih yg BAIK tidak akan mudah dirampas oleh orang lain KECUALI jika dia yang MEMBENARKAN atau INGINKANNYA ^____^ ::
Ketulusan itu...
¤ saling memaafkan tanpa DENDAM
¤ saling memberi tanpa PAMRIH
¤ saling menerima tanpa SYARAT

Indahnya hidup bila saling melengkapi dengan jiwa yg tulus... ♥

JANGAN BERSEDIH

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar :)
BiSmillah. . .

`Allah Tidak menjadikan Kebahagiaan tanpa aiR mata,
keHidupan tidak seLamanya berada diatas,
terKadang Allah membeRi seDikit batU Sandungan agaR kita meneng0k ke bawah..
`Allah paham bagaimana sifat manusia,
Bila diberi seDikit saja nikmat yang Melenakan,
akan terLiHat mana yang imannya kuaLitas Tinggi..
`Allah tidak menjadikan kemudaHan tanpa KesuLitan,
Tapi Allah menjanjikan seteLah kesulitan pasti ada kemudahan..

1: Karena sesungguhnya, sesudah kesulitan itU ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah Kesulitan itU ada kemudahan.
(Q.S. Al-insyirah : 5-6)

*Jangan Risau akan Janji Allah..
Janji Allah pasTi benaR..*

ketika kau meRasa teLah sungguh" beRikhtiar tapi hasiL akhiR tak sesuai Harapan,
La Tahzan, InnaLLaha ma'ana
sungguh Allah mengetahui keRja kerasmu..
`Allah tidak menjadikan pelangi Sebelum badaƬ, tetapi sesudahnya,
mengapaKah?
KaRna Allah seDang mengajaRi manusia untUk beRsaBar..

PETIKLAH HIKMAH DARI KEJADIAN" KECIL DISEKITARMU..

`Allah teLah menjadikan jagat luas untUk pembelajaran bagi hamba-nya yang berfikiR..
1: Sesungguhnya pada yang Demikian itU terdapat tanda" (kebesaRan Allah) bagi kaum yang memikiRkan..
(Q.S. Ar-ra'du :3)

*Sem0ga Bermanfaat*

SABAR ITU INDAH

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

JIKA SAAT INI

•.¸¸❤¸¸.•*JIKA SAAT INI…..•.¸¸❤¸¸.•*

Kamu sedang tersenyum...
semoga senyum itu menjadi ibadah..

Kamu sedang marah...
semoga marah itu tidak melampaui batas..

Kamu sedang sedih...
semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa..

Kamu sedang letih...
semoga lelah itu menjadi penggugur dosa..

Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu..

Semoga
kebahagiaan dan keberkahan mengiringi perjalanan hidupmu selalu..

•.¸¸❤¸¸.•*Aamiin Aamiin Ya Rabbal A’lamiin….•.¸¸❤¸¸.•*

Cintailah

Cintailah Allah sebagai sumber cinta yang dapat menenangkanmu, yang dapat membuatmu untuk tidak mengharapkan cinta yang lain, dan pasrah akan segala kehendak Nya...♥

Bila

Bila ada perasaan benci dan dendam terhadap seseorang, segala kebaikan yang ditonjolkan semuanya dipandang sinis. Hindarkan rasa benci dan dendam, kerana ia adalah musuh jiwa yang amat berbahaya... Nauzubillahiminzalik...

pagi yang indah

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..." -Dato' Dr.Fadzilah Kamsah