Nak dapat pahala x?

Cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati :

--> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau selepas mati .
--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .
--> Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dpt pahala .
--> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . 

Wlaupun 1 tlong kongsikan kepada orang , anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu

Wallahualam

Macam-macam ada... MMA

hi guys.... lama kan kita x conteng2 kat blog kita ni...malas la...hehe...boleh x camtu? boleh je kan? hahaha... xkisah la....
banyak sangat benda yang berlaku...kadang2 nak meluah kt blog ni terasa malas pulak... baik duk diam2, tenangkan fikiran and refer pada Allah... its more better right?huhu...ckp omputeh sikit!!haha....
puasa dah habis...syawal pun bakal habis... jom bercerita...
dah nak start cerita ni...

first sekali, biasalah kan...time raya ni banyak la jemputan kahwin & ramai la yang menikah...
saudara mara , kengkawan..... meriah & cantik semua...happy tengok semua happy... 
yg jadi unhappy nye bila di ajukan soalan2 yang dah tahu memang xda jawapan lagi... 
erm...bosan & sedikit tertekan...sedikit je k....haha
u...bila lagi? ... hai, orang lain dah, awak bila plak? sikit2 soalan tu...erm...bosan kan...
i know la usia i semakin meningkat...tapi nak buat macamana kan? jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan TUHAN...
kalau kita usaha lebih pun kalau Allah x izinkan pun xkan jadi jugak kan? so, tunggulah HADIAH ISTIMEWA tu dari Allah dengan penuh kesabaran... (bak kata sepupu i...haha)....

da second is.... huh....biasalah...masalah biasa yang dihadapi oleh semua makhluk tuhan paling seksi ni...ops ! terlebih sudah... yang dihadapi oleh semua insan.... x semua jugak la...money3... bila nak kaya ni? 
seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang :(....erm...agak2 bila durian nak runtuh ek? agak2 bila bulan nak jatuh ke riba?hahaha....bongok x ayat? agakla kan.... kita tengah cari kerja yang better sikit ni gaji dia....sekurang2nya boleh gak nak bernafas...ni terasa semput sangat2... doakan ek....

erm, third one is.... kerja....kita dah rase bosan dah kerja kat sini....dah xsemangat dah....boring giler.... & dah rase feels yang x best je.... da siapa2 nak tolong x?kot2 da info sal vacancy ke pe2 yang menarik untuk mencari rezeki yang halal... sharing is caring right?

& last thing i think....hehe...my fren also a.k.a my auntie dah selamat melahirkan baby girl pada 1st September 2012...berat 2.62kg... psss pssss:kita tau yang bagi nama!!huhu...requested by my uncle...hahaha... kita bagi jela nama yang ala2 seindah sakura ni... nama beliau is NUR DAMIA AZZALEA...huhu... cantik x? makna pun i agak ada makna yang indah la... cahaya kebijakan, keberkatan kekal abadi...

ok la.... apa?nak tengok gambar die ek? ok.... tengok bawah k...




haaa...here is DAMIA!

ok la...bye!

Doa Bertemu Jodoh Untuk Kaum Wanita



Pernah dengar istilah anak dara tua (andartu), anak dara lanjut usia (andalusia), janda berhias dan sebagainya?

Sebenarnya penulis dan ramai pihak tidak begitu gemar hendak melabelkan seseorang wanita yang tidak berkahwin itu dengan pelbagai gelaran sedemikian.

Namun di sebalik pelbagai gelaran itu, kita kena terima hakikat, memang jumlah wanita yang belum berkahwin cukup ramai ketika ini

Ada pendapat mengatakan, antara punca wanita tidak berkahwin bukanlah kerana mereka lebih selesa hidup bersendirian daripada menanggung risiko dalam perkahwinan tetapi disebabkan tidak ramai lelaki yang layak dijadikan suami.

Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana mereka tentunya memikat hati banyak wanita.

Malah ada tinjaun menunjukkan, fenomena pelajar perempuan menguasai institut pengajian tinggi (IPT) dewasa ini telah mewujudkan semakin ramai golongan wanita yang enggan berkahwin.

Penulis difahamkan, yang merisaukan ramai wanita andartu ialah, masa berlalu, tetapi mereka tetap tidak mempunyai calon yang sesuai dan memahami diri mereka, dalam masa yang sama mereka juga takut untuk tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.

Bagi Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani , dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan.

Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita.

Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti ‘janda berhias’, ‘janda meletup’ ‘andartu’ dan ‘andalusia’ seperti yang disebutkan di awal tadi.

Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka.
Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi.

Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.
Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu.

Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.

Tambah memburukkan keadaan apabila ada segelintir mengaitkan golongan sebegini dengan perlakuan maksiat dan tidak bermoral.

Meskipun tidak dinafikan ada kes sedemikian, namun punca utamanya bukanlah disebabkan oleh status mereka itu.

Lantaran itu, selagi individu yang terpaksa memikul bebanan atas tuduhan yang tidak berasas ini berpegang dengan pendirian setiap sesuatu itu adalah dengan kehendak-Nya, kata Anisah, mungkin tekanan ini dapat dikurangkan atau dijadikan penawar atau sebagai pemujuk hati.

Ermmm…menarik juga apa yang dikatakan pensyarah ini.
Apapun, alang-alang kita menyentuh bab ini, penulis ada terjumpa sepotong doa dalam laman web Darussyifa khusus untuk kaum wanita (seperti di atas) yang mengharapkan jodoh atau dipertemukan insan yang soleh sebagai teman hidup mereka.

Darussyifa ini merupakan satu pusat perubatan cara Islam yang cukup terkenal di negara ini yang diterajui oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mana tahu dengan mengamalkan doa ini, akan dimakbulkan harapan dan seterusnya bertemu dengan jejaka idaman yang diidamkan, InsyaAllah

Selamat mencuba!

Saatnya Bila Murtabak, Roti Telur Menjadi HARAM





Mesti ramai yang suka makan roti canai telur dan murtabak ni kan? yaa, memang sedap.. terutamanya makan masa tengah panas- panas lagi.. perrhh, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. haha


Tapi tahukah anda, ada hukum yang mengatakan haram memakan roti telur dan murtabak ni? haa, kenapa haram pula? meh baca ni,dipetik dari facebook seorang teman

Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam
P/s: sekadar peringatan sesama kita, bukan hanya roti telur dan murtabak sahaja, tapi sebenarnya banyak lagi makanan yang dimasak dengan telur ni.. jadi berwaspadalah selalu

sila kongsikan kepada rakan-rakan yang lain yang belum tahu ye

sumber

Kenali Simptom dan Pencegahan Penyakit Buasir (Hemorrhoid)

untuk info bersama...


Sesetengah penghidap buasir menggelar keadaan ini sebagai ‘air pasang’.
Tapi.. apa sebenarnya penyakit buasir?


Penyakit Buasir adalah satu keadaan dimana terjadinya pembengkakkan pada salur darah yang terletak di bahagian rektum (hujung usus besar) dan dubur. Selalunya, apabila salur darah mula membengkak, tisu di sekitar kawasan tu turut membengkak, jadi penghidap buasir ni selalunya akan merasakan sakit, perit, gatal dan mungkin mengalami pendarahan semasa membuang air besar.


Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya penyakit buasir?

1. Meneran terlalu lama disebabkan sembelit
2. Kurang mengambil makanan yang mengandungi kuantiti serat (fibre) yang tinggi
3. Mengandung
4. Masalah keturunan (hereditary)


Jadi, mcm mana hendak tahu sekiranya anda menghidap buasir?

Simptom-simptom awal untuk penghidap buasir adalah seperti berikut:

1. Pendarahan berlaku semasa membuang air besar (Darah berwarna merah)
2. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur selepas membuang air besar.
3. Gatal-gatal pada bahagian dubur
4. Simptom-simptom kekurangan darah (lemah badan, pucat, mudah penat dan sesak nafas, berdebar-debar) selepas terjadinya 1, 2 atau 3

Kebanyakan penghidap buasir takut untuk berjumpa dengan doctor, dan kebanyakan disebabkan oleh perasaan malu.
Jadi, untuk mengelakkan keadaan ini terjadi, beberapa perkara boleh diamalkan dalam kehidupan seharian seperti
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 1.5 – 2 liter sehari
  2. Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
Tetapi, sekiranya anda merupakan salah seorang penghidap buasir terutamanya buasir yang tidak sembuh selepas 2-4 minggu dan buasir yang berulang, pergilah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Malu tidak dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, perawatan awal amat membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi…. Selamat berjumpa doctor! ^_^


Artikel ini ditulis oleh Rahmah Rambli. Merupakan pelajar perubatan tahun tiga di Universiti Malaya.